17 July 2010

Harga Terbaru Kerepek 2010

Nampaknyer blog kerepek teman nie, hanya dapat diupdate setahun sekali.  Aduh...!!! Macam tukar kain langsir nak raya la pulak rasanyer.  Sebenarnyer teringin sangat teman nak bercerita pasal kerepek satu persatu, tapi masih belum berkesempatan lagi nampaknyer.

Apapun, para pengunjung teman nak beritahu harga kerepek terbaru untuk tahun 2010.  Sila klik link di bawah yer.  Bagi mereka yang benar-benar berminat nak berminat, hubungi teman melalui email kerepekcorner@gmail.com atau sms ke 019-370 1923.





19 December 2009

Wajah Baru dan Testing

Yes, kini KerepekCorner berbaju baru. Hehehe.... maksud teman - template baru. So enjoy browsing around.

19 August 2009

Kerepek Bawang - Update

Bagi penggemar kerepek bawang, sila ambil perhatian. Harga bagi 1/2 kilo kerepek bawang pada tahun ini ialah RM7.00, manakala harga untuk sekilo kerepek bawang ialah RM13.00.
Bagi mereka yang berminat, bolehlah membuat tempahan kepada teman melalui sms 019-370 1923 atau email ke kerepekcorner@gmail.com.

18 August 2009

Harga Kerepek Terbaru 2009

Akhirnyer, saat-saat yang ditunggu-tunggukan oleh para pengunjung kerepekcorner, harga kerepek terkini untuk tahun 2009 dari KerepekCorner.

Sila klik di sini, untuk harga kerepek terbaru 2009 .

07 August 2009

Kerepek Ubi Pedas Kering

Kalau tempoh hari, teman dah perkenalkan Prince Of Kerepek, sekarang teman nak perkenalkan pada para pengunjung Princess of Kerepek iaitu Kerepek Ubi Pedas Kering.
Kerepek Ubi Pedas Kering memang diminati ramai. Lagipun tak leceh sangat nak makan kerepek nie. Kalau kerepek ubi pedas basah, leceh sikit. Kena sediakan tisu, sebelum makan.
Apa rasanyer? Rasanyer pedas-pedas manis lagi ranggup. Kruppp, krupp bila dimakan......
Harga kerepek ubi pedas kering untuk 1/2 kg ialah RM7.00, manakala untuk 1 kilo ialah RM13.00.
Berminat untuk mendapatkan sampel comel? Hubungi teman di kerepekcorner@gmail.com

01 July 2009

Kerepek Ubi Pedas Basah

Memperkenalkan ta daaaaaa....................

PRINCE OF KEREPEK..................... Kerepek Ubi Pedas Basah.


Kenapa ubi pedas basah teman kata prince of kerepek? Ubi pedas basah adalah antara top selling kerepek. Tak jemu dimakan. Rasanyer pedas-pedas manis. Cubit sedikit, rasa nak lagi. Cuma satu jer, kalau makan di luar atau di pejabat, sediakan tisu. Sebab ia melekit.

Harganyer sekarang ialah RM7.00 (500 gm) dan RM13.00 (1 kg).
Tak teringin nak order ker? Kalau nak order, emailkan kepada teman di kerepekcorner@gmail.com



08 May 2009

Harga Kerepek 2009

Ada perubahan dalam harga kerepek tahun 2009 nie. Sesiapa yang berminat, boleh email pada teman di kerepekcorner[at]gmail.com. Teman akan publish harga kerepek 2000 sedikit masa lagi. (Bila agaknyer yer?..... termenung teman nak bagikan jawapannyer). Harap bersabar yer para pengunjung.

Kerepek pisang tanduk

Kerepek pisang tanduk

Kek Chocolate Moist

Kek Chocolate Moist
Promosi harga untuk Chocolate Moist Kek

Biskut Raya

Biskut Raya

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP